1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.
Fadhilat Dari Hadis
Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:
.
1. Mendapat Syafaat
Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di
dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga
diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”
Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di
dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia
mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu
membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian
surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang
mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada
orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan
memasukkannya ke dalam Syurga.”
Ulama berkata: ”Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan
pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari
kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang
mengamalkannya dari azab api Neraka.”
2. Menyelamatkan daripada seksa kubur
Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi
kakinya untuk memberi hukuman. Kakinya berkata; “kamu tidak dapat
hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan
membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan
perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi
kepala.
Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini
kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini
menyelamatkannya daripada azab kubur.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.”
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk
pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu
sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya
di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu
ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu
bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam
Syurga.”
Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca
surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat
bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam
kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan:
“Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al
Mulk.”
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah
mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka
di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka
beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya
dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya
kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk
sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan
menyelamatkan dia daripada siksa kubur.” (HR At-Tarmizi)
3. Hati Beriman
Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di
dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah
mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku
sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk
sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”
4. Mendapat Keistimewaan
Saiyidina ‘Ali berkata: ”Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk,
nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya
yang cantik seperti nabi Yusuf.”
Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di
dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya
ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi
oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”
Khasiat Ayat Dari Surah Al-Mulk
Ayat dari Surah Al Mulk juga mempunyai khasiat dan keistimewaan yang lain. Diantaranya:
1. Khasiat Ayat 14 Surah Al-Mulk
أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ ﴿١٤
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui
(segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha
Mendalam PengetahuanNya!
1. Dipandang hebat dan berwibawa.
2. Boleh mengetahui apakah kelebihan diri sendiri.
3..Dapat merasai apabila ajal telah hampir tiba.
4. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.
5. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar.
6. Jauh dari seksa kubur jika dibaca ayat 14 dan 15 surah Al Mulk.
7. Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan jahat, pencuri,
sihir, memfitnah, orang yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara
yang penting dalam peperiksaan lakukan:
a. Solat hajat.
b. Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan.
c. Tidur dalam keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring dengan lembung kanan.
2. Khasiat Ayat 23 Surah Al-Mulk
قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ ﴿٢٣
Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari
tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan
serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu
bersyukur”.
- Jika diamalkan ayat ini, iaitu dibacakan pada gigi yang sakit. InsyaAllah, akan berkurangan dan sembuh sakit giginya.

0 komentar:
Posting Komentar